awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air percuma Selangor 25 meter padu sebulan pada 2019 - Amirudin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/11/2018
10:15 MYT
Air percuma Selangor 25 meter padu sebulan pada 2019 - Amirudin
Pemberian air percuma yang dilaksanakan sekarang diberikan kepada semua lapisan masyarakat, kata Amirudin.
Kerajaan Selangor bersetuju menaikkan jumlah air percuma daripada 20 meter padu sebulan kepada 25 meter padu sebulan pada 2019.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, pada 2019, jumlah yang diperuntukkan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta sekali gus membolehkan penjimatan sebanyak RM105.2 juta kepada kerajaan negeri.
"Penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)," katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2019 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor telah memperuntukkan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu pada 2008.
Kata Amirudin, program itu dicontohi oleh banyak kerajaan negeri lain kerana memberi impak positif kepada kehidupan rakyat.
"Pemberian air percuma yang dilaksanakan sekarang diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Ini menunjukkan semua pihak menerima faedah hasil pemberian air percuma ini.
"Namun matlamat asal program air percuma ini adalah untuk membantu mengurangkan beban rakyat khususnya daripada golongan berpendapatan rendah," jelasnya.
Ujarnya, penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma memberi fokus kepada golongan sasar yang berada di dalam golongan B40.
"Golongan B40 ini ditakrifkan sebagai mereka yang telah didaftarkan atau berada dalam data e-Kasih.
"Kerajaan Negeri yakin golongan B40 ini lebih berkeperluan dan lebih menghargai untuk bantuan air percuma ini.
"Mereka akan mendapat lebih manfaat dari pensejajaran semula air percuma nanti. Ia bukan sahaja membantu mereka dalam kehidupan seharian tetapi membantu meringankan beban belanja bulanan dengan lebih berkesan," katanya.
Topic Berkaitan
#Air percuma
#Amirudin Shari
#golongan B40
#KISS
#Menteri Besar Selangor
#Merakyatkan Ekonomi Selangor
#MES
#program air percuma
#Program Kasih Ibu Smart Selangor
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan