awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Selangor bakal belanja RM30 bilion untuk urus air selama 30 tahun

Bernama
Bernama
20/02/2020
12:18 MYT
Air Selangor bakal belanja RM30 bilion untuk urus air selama 30 tahun
Air Selangor akan membelanjakan RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bagi melaksanakan tujuh Pelan Strategik dan Inisiatif pengurusan air. - Gambar fail/BERNAMA
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan membelanjakan RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun di bawah Perbelanjaan Modal bagi melaksanakan tujuh Pelan Strategik dan Inisiatif pengurusan air.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata jumlah itu akan dibelanjakan bagi keperluan pengurusan air, antaranya kerja menaik taraf aset bekalan air, inisiatif mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRW) dan memastikan bekalan air mencukupi untuk semua pengguna.
"Justeru itu, Air Selangor berharap rakan niaga khususnya kontraktor, pembekal dan jururunding akan membawa inovasi dan teknologi baharu lebih efisien dalam segala tugasan yang dilaksanakan," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
Hari ini, Air Selangor mengadakan pertemuan bersama 1,800 rakan niaga yang berdaftar dengan syarikat itu dalam majlis 'CEO Engagement with Vendor' di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, Selangor.
Mengulas lanjut program itu, Suhaimi berkata ia bertujuan memberi ruang kepada Air Selangor berinteraksi secara langsung dengan semua rakan niaganya.
"Selain itu, majlis ini merupakan platform untuk menyampaikan visi, misi dan strategi perniagaan serta sasaran Air Selangor untuk tahun 2020," katanya.
Pada majlis sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memberi penerangan terperinci mengenai Seksyen 17A Akta SPRM 2009 berkaitan liabiliti korporat selain acara lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh semua rakan niaga Air Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Pelan Strategik dan Inisiatif
#pengurusan air
#Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
#Perbelanjaan Modal
#Suhaimi Kamaralzaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan