awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia siasat punca insiden D7 237

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2017
09:18 MYT
AirAsia siasat punca insiden D7 237
Kumpulan AirAsia berkata ia sentiasa mematuhi semua peraturan dan keperluan yang ditetapkan setiap negara di mana sesebuah pesawat beroperasi, termasuk Australia. - Gambar fail
AirAsia X sedang menyiasat kejadian melibatkan pesawat D7 237 dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur yang berlaku pada pagi semalam.
Kapal terbang itu terpaksa berpatah balik ke Perth selepas 90 minit berlepas akibat masalah teknikal yang melibatkan sebuah enjin.
"Kami sedang menjalankan siasatan ke atas punca kejadian, bersama-sama dengan Rolls Royce, yang merupakan pengilang enjin kami.
"Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan," kata AirAsia X dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal
Ia juga menegaskan Kumpulan AirAsia sentiasa meletakkan keselamatan penumpang dan anak kapal sebagai keutamaan teratas mereka.
Kumpulan AirAsia juga, katanya, sentiasa mengikuti program penyelenggaraan sepertimana ditetapkan oleh pihak pengilang.
Katanya, mereka juga sentiasa mematuhi semua peraturan dan keperluan yang ditetapkan setiap negara di mana sesebuah pesawat beroperasi, termasuk Australia.
Di Australia, tambahnya, Kumpulan AirAsia sentiasa melepasi audit keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan tempatan.
Kumpulan AirAsia juga telah dengan secara sukarela mengambil initiatif menjalani Pengauditan Keselamatan Operasi IATA bagi semua pesawatnya, termasuk termasuk AirAsia X Malaysia, AirAsia X Indonesia dan AirAsia Indonesia.
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Perth
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan