awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun beku: UMNO beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM

Bernama
Bernama
28/06/2018
20:58 MYT
Akaun beku: UMNO beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM
Ahmad Zahid berharap semua anggota UMNO akan bersama-sama beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya. - Gambar fail
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.
Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat UMNO dan akaun lain.
"Selagi memimpin UMNO, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.
"Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Justeru beliau berharap semua anggota UMNO akan bersama-sama beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.
Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.
Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa SPRM telah membekukan akaun UMNO pusat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#akaun bank
#demokrasi
#diskriminasi
#pembekuan
#penderaan politik
#pengubahan wang haram
#politik
#siasatan
#SPRM
#ugutan
#UMNO
#wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan