Akibat cemburu, seorang peniaga nasi ayam bertindak menikam teman lelaki bekas kekasihnya di bahagian perut sehingga menyebabkan isi perut mangsa terburai, dalam kejadian awal pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi di sebuah pusat hiburan di Lorong Abu Siti, di sini.
Dalam kejadian itu juga, suspek turut menikam pemilik pusat hiburan berkenaan berusia 46 tahun di bahagian tangan menyebabkan isi tangan mangsa terkeluar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian itu, suspek yang berusia 54 tahun, masuk ke dalam pusat hiburan berkenaan dengan memakai topi keledar sebelum menikam mangsa.
Pemilik premis yang ketika itu turut berada dalam premis cuba menahannya namun turut ditikam suspek di tangan sebelum dia melarikan diri dengan menunggang motosikal.
Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.
Hasil soal siasat ke atas seorang wanita yang merupakan bekas teman wanita suspek, lelaki itu dipercayai bertindak demikian akibat cemburu.
Che Zaimani berkata, suspek dan bekas teman wanitanya pernah tinggal bersama sejak enam tahun lalu dan mereka menjalankan perniagaan nasi ayam bersama.
Bagaimanapun suspek yang sudahpun berkahwin telah berpisah dengan teman wanitanya sejak sebulan lalu dan mereka juga sudah tinggal berasingan.
Suspek dipercayai bertindak menikam mangsa selepas cemburu apabila mangsa menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya.
Susulan daripada itu, polis berjaya menahan suspek jam 6 pagi ini di Pulau Tikus dan siasatan mendapati suspek mengaku menikam mangsa kerana lelaki terbabit keluar bersama bekas teman wanitanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Aug 21 2019
Suspek yang ditahan polis mengaku menikam mangsa kerana lelaki terbabit keluar bersama bekas teman wanitanya. - Gambar hiasan
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Juruteknik dipenjara 6 bulan ugut sebar gambar bogel bekas teman wanita
Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lepas.
Akibat cemburu, lelaki tikam teman lelaki bekas kekasih hingga parah
Dalam kejadian itu juga, suspek turut menikam pemilik pusat hiburan berkenaan berusia 46 tahun di bahagian tangan menyebabkan isi tangan mangsa terkeluar.
Gigit hidung bekas kekasih kerana berang tidak diberi peluang kedua
Kecewa bekas teman wanitanya tidak mahu kembali mengadakan hubungan dengannya, seorang lelaki bertindak menggigit hidung gadis itu hingga putus.
Germanwings: Bekas teman wanita dedah perlakuan aneh Lubitz sebelum nahas
Seorang wanita telah mendedahkan perlakuan aneh juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, sebelum kejadian nahas yang menimpa pesawat itu pada Selasa.