Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyambut baik inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu peminjamnya menguruskan penjadualan pembayaran balik pinjaman dan proses pembelian rumah.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata Program Pengurusan Kredit (PPK) mampu memberi kelegaan kepada peminjam daripada belenggu hutang dan dapat meneruskan kehidupan dengan aktiviti yang lebih produktif dan berfaedah.
Azaddin berkata program tersebut merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut hutang yang dialami mereka.
"Bagi peminjam PTPTN, sasaran AKPK melalui PPK adalah mereka yang gagal membuat pembayaran balik pinjaman dan pada masa sama, mempunyai hutang dengan lain-lain penyedia pinjaman.
"Golongan ini dijangka menghadapi kesukaran berurusan sendiri bagi merumuskan satu kaedah penyelesaian yang bersesuaian dan dapat diterima oleh semua pemberi pinjaman yang ada," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Azaddin turut menyarankan kepada semua peminjam PTPTN untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan melibatkan diri dalam program pendidikan kewangan di AKPK bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkaitan pengurusan wang dan kredit.
Selain itu, program tersebut turut dibuat di institusi pengajian tinggi dan ia akan berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan pendedahan program pengurusan kewangan berkenaan dapat didedahkan daripada peringkat awal lagi.
Sementara itu, PR1MA juga menyambut baik usaha proaktif yang diambil PTPTN dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi peminjam mereka yang mahu membeli rumah namun nama mereka telah disenaraihitamkan.
PR1MA dalam kenyataannya kepada Bernama berkata, ia sentiasa bersedia bekerjasama dalam menangani masalah itu bagi membantu mereka dalam proses membeli rumah.
"Bermula dari Jun tahun ini, setiap acara pemilihan unit kediaman PR1MA yang dianjurkan di seluruh negara menyediakan satu kaunter rundingan khas bagi bakal pembeli rumah,” kata kenyataan itu.
Kaunter rundingan khas itu dapat membantu peminjam menyemak dan berunding mengenai pinjaman PTPTN mereka.
Panel bank PR1MA turut menawarkan pelbagai pembiayaan mesra pembeli untuk menggalakkan dan memudahkan pemilikan kediaman PR1MA.
“Bagaimanapun, kemudahan tersebut hanya diberikan kepada pemohon yang tidak disenaraikan dalam CCRIS (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS),” tambah kenyataan itu lagi.
PR1MA turut berharap bakal pembeli dapat menjelaskan pinjaman mereka yang tertunggak atau berbincang dengan PTPTN untuk menyelesaikan masalah itu, sebelum membeli kediaman PR1MA.
Pada 15 Feb lepas, AKPK dan PTPTN telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula pembayaran balik peminjam PTPTN yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bernama
Thu Aug 04 2016
Program tersebut merupakan satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi kemelut hutang yang dialami mereka.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AI mampu sediakan pendidikan sesuai keperluan individu - Mahasiswa
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menyediakan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu.
Sedia dasar yang jelas, hala tuju ekonomi dan kekal persekitaran mesra perniagaan - IECM
Katanya, kestabilan politik pembolehubah yang sangat penting dalam membina laluan yang koheren dan berterusan bagi pembangunan mampan.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Beberapa sistem operasi AKPK dinyahaktif buat sementara waktu bagi cegah risiko selanjutnya
Baru-baru ini, pelayan AKPK yang mengandungi data pelanggan mungkin telah diakses secara haram.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Urus: Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum
Urus : Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum | Dagang News
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.
Bantuan bersasar kekalkan daya tahan sektor perbankan - BNM
Pelbagai langkah termasuk Kemudahan Bantuan Khas (SRF) berjumlah RM10 bilion telah diperkenalkan untuk menyediakan bantuan sementara kepada perniagaan.