Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.
Beliau berkata cadangan bagi memansuhkan akta tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ia dapat dihapuskan secepat mungkin.
"Saya ada satu senarai yang kami perlu kaji. Saya akan adakan sidang media esok untuk beritahu secara khusus. Kita ada Akta Antiberita Tidak Benar. Sepertimana yang disebut dalam manifesto Pakatan Harapan, kami akan memansuhkannya.
"Kami akan tetapkan tempoh masa, 100 hari yang pertama kami harus menunaikan tetapi berapa banyak masa yang diperlukan saya akan bincangkan dengan pegawai-pegawai saya esok. Memang saya akan lakukan dan mula bertugas tepat 8.30 pagi esok," katanya di sini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu istiadat di Istana Negara.
Selaku menteri yang baharu di kementerian berkenaan, Gobind, 45, berkata kebebasan media menjadi agenda utamanya dan beliau komited dalam hal itu, yang menjadi antara perkara yang dinyatakan dalam manifesto Pakatan Harapan.
Namun katanya perkara itu perlu dibuat rujukan berdasarkan undang-undang sedia ada.
"Kebebasan media adalah keutamaan saya. Media membuat berita dan syarikat penerbitan terikat dengan undang-undang sedia ada jadi kami perlu melihat dari segi itu dan kami harus mencari kaedah yang kita boleh tingkatkan kebebasan akhbar di negara ini. Dan saya komited untuk melakukannya.
"Saya akan wujudkan satu kumpulan yang terdiri daripada pakar-pakar perundangan supaya mereka dapat lihat kepada impak undang-undang setakat ini, di mana ada kelemahan dan kami akan cuba perbaiki," katanya.
Antara perkara lain yang akan dikaji semula termasuk beberapa undang-undang berkaitan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang berkaitan aduan dan siasatan terhadap beberapa kes yang dilaporkan.
Selain itu, anggota Parlimen Puchong itu berkata beliau turut akan memberi perhatian serius terhadap keseluruhan aspek laporan berita dan mencari jalan bagaimana sistem televisyen tempatan dapat bersaing dengan saluran media antarabangsa.
Katanya, media tempatan perlu mempelajari daripada media antarabangsa untuk lebih berpengetahuan dalam penyampaian berita.
Gobind yang juga Timbalan Pengerusi DAP memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Warwick Britain dan Jurusan Undang-Undang dari Lincoln's Inn.
Beliau diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada 1996 dan meneruskan legasi ayahnya iaitu bekas pemimpin veteran DAP mendiang Karpal Singh.
Penglibatan Gobind dalam bidang politik bermula 10 tahun lalu sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat sehingga kini dan pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Selangor sejak 2015 hingga tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 21 2018
Gobind berkata cadangan bagi memansuhkan akta tersebut akan dibawa kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ia dapat dihapuskan secepat mungkin. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan - Gobind
Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.