Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu kerajaan akan mengkaji semula Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) untuk menempatkan tahanan kanak-kanak agar tidak disamakan atau disatukan bersama tahanan dewasa.
Katanya, tahanan kanak-kanak tidak sepatutnya didedahkan dalam persekitaran seumpama itu.
“Jadi saya dengan Menteri, kita juga akan berbincang kerana memang ada alasan untuk menjaga keselamatan.
“Bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun, saya rasa kita patut melihat isu ini dengan lebih dalam kerana setiap daripada mereka patut diberikan peluang atau menjalani pemulihan,” katanya pada Jumaat.
Wan Azizah berkata demikian ketika ditemui pada siding akhbar selepas mengedarkan buah limau Mandarin di Pasar Pandan Perdana dan Pasar Taman Muda sempena Tahun Baru Cina Parlimen Pandan.
Ia bagi mengulas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan membebaskan 142 kanak-kanak yang ditahan di bawah POCA.
Wan Azizah yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri turut memberitahu, tiada mana-mana individu bawa umur yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
“Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Pencegahan Jenayah, sehingga 30 Januari 2019, terdapat seorang tahanan bawah umur (ketika ditahan berusia 18 tahun).
“Dia kini masih lagi menjalani tahanan dua tahun di Pusat Pemulihan Khas Kluang, Johor,” katanya.
Berhubung dengan peranti pemantauan elektronik (EMD), Wan Azizah berkata, beliau difahamkan ia dibuat selepas diluluskan atau ditapis oleh LPJ atau yang terlibat dalam jenayah serius.
Sahlizah Mohamed
Fri Feb 01 2019
Wan Azizah memberi limau Mandarin kepada orang ramai semasa mengunjungi Pasar Pandan Perdana pada majlis pengedaran buah limau Mandarin Tahun Baru Cina Parlimen Pandan. Foto Astro AWANI
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
KPWKM: Fokus perkasa penglibatan wanita dalam politik - Aiman Athira
Pemerkasaan penglibatan wanita dalam bidang politik antara yang akan diberi keutamaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Akta POCA perlu dikaji semula: Wan Azizah
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga,Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengkaji semula Akta POCA untuk menempatkan tahanan kanak-kanak agar tidak disamakan dengan tahanan dewasa
Khatan perempuan: KPWKM akan bincang dengan Kementerian Kesihatan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu khatan bayi perempuan.
KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.
"Jika merotan satu kesalahan, bagaimana pula anak yang menderhaka?"
Dr Fathul Bari berpendapat, ibu bapa yang didera secara mental oleh anak-anak juga perlu diberi perlindungan hak sewajarnya oleh undang-undang.
Laporan Audit Negara: Kementerian Wanita gagal urus bantuan NGO dengan betul
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dikesan telah tidak menguruskan pemberian kewangan kepada NGO dengan betul.