Polis menahan dua aktivis iaitu Adam Adli dan Syukri Rezab hari ini dipercayai bagi membantu siasatan berhubung cadangan mengadakan protes untuk menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya, yang dirancang esok.

Perkara ini disahkan oleh peguam mereka Michelle Yesudas.

Michelle berkata mereka ditahan di hadapan Balai Polis Dang Wangi dan telah di bawa ke Balai Polis Petaling, Jalan Kelang Lama.

Beliau kini dalam perjalanan ke balai polis berkenaan.

Penahanan mereka dipercayai dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan.