awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis Fahmi Reza mengaku tidak bersalah siar imej perdana menteri yang disunting

Hakim Rahman
Hakim Rahman
06/06/2016
09:22 MYT
Aktivis Fahmi Reza mengaku tidak bersalah siar imej perdana menteri yang disunting
Fahmi Reza (gambar) didakwa secara salah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat palsu dengan niat menyakitkan hati orang lain. -Gambar fail
Aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menyiarkan imej badut yang disunting menyerupai perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dia didakwa memuat naik imej tersebut ke Instagram miliknya pada Januari lalu.
Mengikut pertuduhan, Fahmi Reza, 39 tahun, didakwa melalui Instagram @kuasasiswa secara salah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, jam 6 petang, 31 Januari lalu.
Sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan Fahmi Reza dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#imej badut
#Instagram @kuasasiswa
#Mohd Fahmi Reza
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan