Aktiviti persundalan di Batu Buruk, dua wanita didenda RM5,000

Aktiviti persundalan di Batu Buruk, dua wanita didenda RM5,000
Kedua-dua tertuduh juga turut berdepan lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Dua wanita  masing-masing didenda sebanyak RM5,000 kerana melacurkan diri pada September lalu.

Tertuduh, Nurul Amalina Abd Malek, 25, dan Norshamimi Zakaria, 29, mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Kedua-dua tertuduh juga turut berdepan lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, mereka didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan pada 30 September lalu.

Perbuatan itu dilakukan di bilik berasingan di sebuah hotel di Batu Buruk, Kuala Terengganu sekitar jam 9 dan 10.30 malam.


Kedua-dua wanita itu dikatakan mencari pelanggan dan menawarkan khidmat seks menerusi aplikasi media sosial.

Pertuduhan  dilakukan mengikut seksyen 372b Kanun Keseksaan kerana menawarkan perkhidmatan seks.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full.


Tag: hotel, seks, Kuala Terengganu, media sosial, Batu Buruk, wanita, pelacuran, persundalan, penjara



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.