Kerajaan memaklumkan bahawa aktiviti rentas negari untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Aidilfitri adalah tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perjalanan rentas negeri boleh dilakukan bagi tujuan bekerja atau mereka yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain.

Selain itu katanya, majlis-masjlis sosial yang melibatkan perhimpunan besar turut dilarang bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

"Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.


"Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan," kata beliau dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, hari ini.