"Hidup di bandar besar ini bukan mudah, banyak rencahnya."
Demikian reaksi seorang lelaki berusia lewat 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Malik.
Malik yang mempunyai kenangan dan pengalaman hitam putih dalam hidupnya tidak pernah kenal erti patah semangat.
Memulakan cerita, Malik yang telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya bernama Rina pada tahun 2009 dikurniakan dua cahaya mata yang cukup comel.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun dan seorang bayi lelaki berusia 20 bulan.
Menurut Malik pada tahun pertama perkahwinannya, mereka tidak menghadapi masalah untuk menyewa rumah dan bekerja selain hidup seperti pasangan suami isteri yang lain.
Namun semuanya berubah pada 2010 apabila pasangan keluarga itu hidup merempat dan boleh digelar sebagai komuniti gelandangan.
"Menjadi gelandangan bukan pilihan saya, bang," katanya ketika ditanya penulis kenapa memilih untuk hidup sedemikian.
Bermula hidup sebagai gelandangan
Malik yang mula menaruh kepercayaan kepada penulis dilihat lancar menyusun kata-kata menceritakan bagaimana bermula hidupnya sebagai gelandangan.
Ia bermula apabila majikan tempatnya mencari rezeki pada 2009 memberhentikannya selepas mendapat tahu bahawa dia bekas penjenayah.
Sambil menyesali perbuatan silam, Malik memberitahu dia pernah bersekolah di Sekolah Henry Gurney di Melaka kerana melakukan kesalahan jenayah ketika berusia 18 tahun.
Jelas lelaki itu lagi, dia melakukan kesalahan pecah rumah secara berkumpulan dengan bersenjatakan parang.
"Tiada sebarang kecederaan mahupun kematian akibat perbuatan jenayah itu tetapi telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan merompak bersenjata.
"Saya sudah bayar semua kesalahan itu dengan meringkuk lapan tahun dalam penjara," katanya yang tunduk malu.
Jiwa besar Malik
Ketika cuba menyelami sanubari lelaki berjiwa besar ini, penulis dapat melihat kesungguhan Malik yang bekerja sebagai pengangkat barang di Jalan Chow Kit mahu merubah hidup keluarganya.
Namun, di sebalik usaha dan kesungguhan itu, timbul perasaan kesal di hati kecil Malik apabila masyarakat memandang serong apabila mengetahui mengenai latar belakangnya sebagai bekas penjenayah.
"Saya tidak buat jenayah lagi dan tidak akan melakukannya. Malah saya tidak mahu menyentuh lagi barang terlarang (dadah)," katanya bersungguh-sungguh.
Ujar Malik lagi, kerja penghantaran dan pemindahan barangan pejabat di Jalan Chow Kit itu dirasakan cukup 'sempurna' apabila menerima sekitar RM30 hingga RM45 sehari.
Katanya, wang 'gaji' itu digunakan Malik untuk menyara keluarga dengan membayar sewa RM25 dan selebihnya digunakan untuk membeli keperluan anak dan simpanan.
"Adakalanya saya tidak dipanggil untuk bekerja kerana telah diisi oleh para gelandangan lain dan saya terpaksa akur.
"Sebab itu saya, isteri dan anak-anak duduk di kaki lima dan mengharapkan bantuan makanan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tidak dinafikan kadang kala kami sekeluarga terpaksa tidur di kaki lima Jalan Chow Kit ini kerana gagal membayar sewa bilik," katanya.
Mengharap sinar baharu
"Ini merupakan 'penderitaan' saya sejak tujuh tahun lalu. Malah isteri juga tidak dapat bekerja membantu menambah pendapatan kerana menjaga anak yang masih kecil," katanya sambil mengesat air mata memberitahu isterinya juga adalah mualaf.
Katanya, pernah terdetik di sanubarinya apakah kesilapan yang dilakukan hingga diuji Tuhan sehingga begini.
Malik juga terpaksa menolak mentah-mentah tawaran pekerjaan yang diterimanya kerana bimbang majikan akan memberhentikannya sebalik mengetahui dia bekas penjenayah.
"Saya pernah berniat untuk ke Pusat Transit Gelandangan (PTG) tetapi apabila berfikir panjang, saya merasakan mereka tidak akan menerima saya sekeluarga.
"Berdasarkan rakan-rakan yang pernah masuk PTG, rata-rata mereka kembali ke jalanan. Itu yang saya bimbang," katanya.
Selain itu, apa yang merisaukan Malik adalah tentang masa depan anak perempuan mereka yang sepatutnya didaftarkan memasuki sesi persekolahan 2018.
"Ini yang membuntukan saya. Saya tidak mahu dia (anak perempuan) tidak bersekolah dan akhirnya hidup merempat hingga besar. Saya mahu dia ada pelajaran.
"Saya berharap akan ada sinar yang menyinari kehidupan saya sekeluarga kerana saya mahu mengubah kehidupan keluarga," katanya penuh yakin.
Mengakhiri perbualan bersama penulis, Malik berkata dia mahu kehidupan yang lebih baik tetapi bimbang sama ada masyarakat terutama majikan-majikan boleh menerima dirinya yang merupakan bekas penjenayah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Nov 18 2017
Malik berharap akan ada sinar yang menyinari kehidupannya sekeluarga kerana dia berhasrat mahu membawa perubahan dalam hidup mereka. - Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.