awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma yang hilang di Jeddah meninggal dunia
5,500 hadir konsert amal M. Nasir di UPSI
Perjanjian antara Aeroline-Corus KLCC tamat dengan penutupan hotel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al Jazeera, wartawan akan dipanggil polis dalam masa terdekat - KPN

Bernama
Bernama
07/07/2020
04:13 MYT
Al Jazeera, wartawan akan dipanggil polis dalam masa terdekat - KPN
Siasatan ke atas Al Jazeera dan wartawannya akan dilakukan menurut beberapa peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. - Gambar fail
Polis akan memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawannya yang berkaitan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dokumentari agensi berita antarabangsa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan akan dilakukan menurut beberapa peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
"Kita akan tengok dari sudut undang-undang selepas dia menjawab soalan-soalan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini selepas menghadiri perasmian Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid semalam mengesahkan polis telah memulakan siasatan berhubung laporan itu dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentari bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani COVID-19.
Sementara itu, mengenai dakwaan beberapa wakil daripada inisiatif Parlimen Digital telah dihubungi polis selepas mereka menamatkan sidang maya pada 4 Jun lepas, Abdul Hamid berkata semakan dalaman mendapati tiada individu yang dipanggil polis setakat ini.
"Siapa yang rasa dirinya ditindas sila tampil ke depan. Saya nak tahu siapa yang dipanggil, polis mana yang panggil kerana setakat ini selepas disemak tidak ada pihak saya yang memanggil mereka.
"Saya minta kerjasama yang buat aduan untuk tampil ke depan dan jangan bimbang kita akan ambil tindakan yang seadil-adilnya," katanya.
Abdul Hamid berkata tidak ada tindakan jenayah yang dibuat terhadap sidang maya Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia tersebut.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al Jazeera
#apti
#berita
#dokumentari
#KPN
#Malaysia
#migran
#pati ditindas
#pendatang asing
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan