awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Quran masih dalam keadaan sempurna

Sinar Harian
Sinar Harian
29/08/2019
21:43 MYT
Al-Quran masih dalam keadaan sempurna
Keadaan ruang pejabat selepas kejadian kebakaran. - Foto Sinar Harian
"Ada beberapa barang yang boleh lagi diambil, tetapi sungguh tersentuh apabila melihat al-Quran peribadi masih utuh walaupun selepas ditelan api yang marak."
Demikian perkongsian pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub tatkala diberi kesempatan untuk melihat pejabatnya pagi Khamis setelah berlakunya kejadian kebakaran di UM pada Selasa.
Katanya, buku di rak ada terbakar namun al-Quran berkenaan masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.
"Barang-barang, kertas atas meja saya habis. Al-Quran ini hanya kulit kesan haba kuning sikit.
"Meja, printer pun cair. Tapi al-Quran itu... benar-benar petanda kekuasaan ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu kebesaran daripada ALLAH.
"Hari ini diberikan kebenaran untuk melihat sendiri bilik yang ditimpa musibah. Insya-ALLAH ada hikmah," katanya.
Awal pagi Selasa lalu, pejabat pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM) mengalami kebakaran.
BACA: Pejabat pensyarah Universiti Malaya musnah terbakar
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.30 pagi.
Menurut kenyataan bomba, kemusnahan dianggarkan sebanyak 90 peratus dan api dapat dikawal pada jam 1.53 pagi.
Punca kebakaran masih dalam siasatan dan hasil siasatan akan diumumkan pada Jumaat.
Sebanyak 21 bilik pensyarah terlibat dalam kebakaran bangunan tiga tingkat itu manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#bilik pensyarah
#bomba
#kebakaran
#Kuala Lumpur
#Mohammad Tawfik Yaakub
#pensyarah
#siasatan
#UM
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan