Penemuan awal proses kawalan kualiti dalaman Dutch Lady Malaysia mengesahkan produk susu Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA tidak mempunyai unsur kekurangan dari segi kualiti dan selamat untuk diminum.
Menurut Dutch Lady Malaysia dalam satu kenyataan, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan.
“Kami sudah mengambil sampel susu dari pelanggan terjejas dan menghantar ke makmal dalaman dan pusat ujian bebas bagi mengkaji kualiti susu,” kata syarikat tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan Dutch Lady Malaysia hari ini menjawab dakwaan di media sosial berhubung alahan kulit yang didakwa dialami oleh kanak-kanak selepas meminum susu berkenaan.
“Dutch Lady juga sudah bertemu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bekerjasama rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.”
“Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum," kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.
Dutch Lady turut berkata butiran pembungkusan produk turut disalah erti dan dianggap sebagai petunjuk produk palsu.
Dutch Lady turut meminta orang ramai untuk berhubung dengan pusat khidmat pelanggan di talian 1-800-88-1191 atau emel ke [email protected]
Najib Aroff
Tue Feb 13 2018
Menurut Dutch Lady Malaysia, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan. - Foto AstroAWANI
Aktiviti river trekking tidak mendapat kebenaran - Polis
Polis mengesahkan 15 orang peserta river trekking dalam tragedi Lembah Mak Sina di Lahad Datu tidak mendapat kebenaran atau kelulusan daripada pihak jabatan perhutanan.
Operasi cari lamat tamat, mangsa lemas kekal tiga orang
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Saleh Latani, Rosnaned Mutahir dan Saharuddin Badaruddin.
PM Anwar mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan mantap
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jabatan Imigresen bergerak sebagai satu pasukan yang mantap dengan niat ikhlas untuk membawa perubahan.
Pegawai kanan ditahan SPRM, KADA minta semua pihak tidak buat spekulasi
Muhammad Husain berkata ini kerana sebarang spekulasi yang timbul boleh menjejaskan siasatan SPRM dan menganggu pengoperasian serta perkhidmatan KADA.
Aaron Aziz pegang watak 'mastermind' dalam The Experts
Aaron yang memegang watak sebagai abang sulung berkata dia dan semua pelakon juga banyak menghadiri kelas lakonan untuk mencari keserasian bersama.
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
Dr Mahathir gesa kerajaan usir Lockheed Martin, BAE Systems dari Malaysia
Dr Mahathir mendakwa Lockheed Martin dan BAE Systems merupakan pembekal senjata yang besar kepada rejim Zionis untuk menyerang Palestin.
Pentas terajui usaha perkukuh kawal selia komunikasi & multimedia serantau
Malaysia berharap dapat mengeratkan kerjasama antara negara ASEAN untuk kawal selia yang lebih mantap dalam lapangan komunikasi dan multimedia menerusi penganjuran Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.
Alahan susu, Dutch Lady kaji produk 'Curious'
Menurut Dutch Lady Malaysia, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh makmal dalaman syarikat serta pusat ujian bebas sebelum hasil kajian rasmi didedahkan.