Tutup

Alami kerugian besar, Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal tutup

Alami kerugian besar, Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal tutup
Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal ditutup sepenuhnya hujung tahun ini. -Foto Gempak
JOHOR BAHRU: Mungkin ini berita sedih kepada peminat Hello Kitty di Malaysia kerana Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal ditutup sepenuhnya hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung berkata, penutupan taman tema tersebut mulai 1 Januari 2020 tidak akan memberi kesan ke atas jumlah pelancong yang datang ke negeri tersebut.
"Saya yakin penutupan itu akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejaskan keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri ini.

"Kerajaan negeri tidak bergantung kepada satu jenis produk pelancongan," katanya yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor.
BACA: Gemarkan Hello Kitty? Anda patut datang ke pameran ini!

BACA: 'Makcik Hello Kitty' rindukan anak dibawa suami 'Mat Salleh'

BACA: Sanrio Hello Kitty town Nusajaya to host largest gathering of fans in Southeast Asia


Difahamkan taman tema yang dibuka pada 2012 dan menelan belanja sehingga RM110 juta itu mengalami kerugian besar kerana masalah penjualan tiket.

Sementara itu, menurut laporan Hangat.com, selepas beroperasi selama tujuh tahun, Taman Tema Sanrio Hello Kitty ditutup kerana jumlah pengunjung yang datang tidak mencapai sasaran.