awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Alhamdulillah, Ainul sudah sedar'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/06/2019
15:53 MYT
'Alhamdulillah, Ainul sudah sedar'
Gambar terbaharu Ainul yang dimuat naik Safiuddin ke Facebook. - Facebook Ahmad Safiuddin
BAPA Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin memaklumkan anaknya telah pun sedar selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian mulutnya pada Isnin.
"Ainul dah sedar, Alhamdulillah.
"Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul okey sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.
"Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya," tulis Safiuddin dalam satu entri di Facebook, sebentar tadi.
Safiuddin turut memuat naik gambar terbaharu Ainul.
Safiuddin juga meluahkan rasa terharu atas doa dan ucapan selamat yang diterima daripada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya tak mampu nak berkata apa-apa ketika ini, tapi saya teringin nak post bendera Malaysia di FB sebab nak tunjuk bahawa tanpa mengira agama dan bangsa, anda semua telah membuatkan Ainul berjaya hari ini (izinNya).
"Tanpa doa dan sokongan dari kalian, mungkin Ainul dan kami tidak akan sampai ke tahap ini," tulisnya.
Pembedahan lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tumor, dan ia dijalankan oleh sekumpulan pakar di sebuah hospital di London.
Ainul, 8 bulan, yang menderita kanser 'germ cell tumor' tiba di London beberapa minggu lalu untuk rawatan sebelum menjalani pembedahan.
Topic Berkaitan
#Ainul Mardhiah
#Germ Cell Tumor
#Hospital
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan