Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa diminta beri penjelasan mengenai isu penjualan tanah kerajaan di Sungai Jinjang, Mukim Batu pada harga rendah tanpa tender terbuka.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata tanah rizab seluas 32 hektar itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2015 dan dibangunkan kondominium mewah di kawasan terbabit.

Lip Eng mendakwa pejabat tanah Wilayah Persekutuan telah menjual tanah tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai milik ahli UMNO pada harga RM68 setiap kaki persegi.

Harga tersebut lebih rendah berbanding harga pasaran pada 2015, iaitu RM250 setiap kaki persegi.

 Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata rizab tanah seluas 32 hektar itu dijual kepada sebuah syarikat swasta pada 2015 dan dibangunkan kondominium mewah di kawasan terbabit.

"Orang yang perlu beri penjelasan adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, kerana pejabat tanah Wilayah Persekutuan adalah di bawah kawalannya," kata Lip Eng.

Katanya, tanah itu kemudian sekali lagi dijual kepada syarikat swasta yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari China bagi bangunkan kondominium mewah itu.

Sementara itu, Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping juga menyuarakan kebimbangan pembangunan yang mungkin menjejaskan kolam takungan banjir.

Dalam pada itu, kerajaan digesa untuk mengkaji semula kontrak dan projek yang sedang dibangunkan di kawasan itu.