Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Julai lepas.
Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu semalam selepas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali "Ali Tinju".
Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Ali diwakili peguam Dzaki Ezhar Bahar.
Bernama
Fri Sep 18 2015
Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas. - Gambar Fail
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbanding peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbanding peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Ali Tinju sama dengan Jamal 'Jamban' - Muhyiddin
Bersatu tidak menerima kemasukan individu seperti Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju yang mempunyai rekod buruk serta sejarah perjuangan yang tidak baik.
Bersih 5: Gerakan Merah gesa Dr Mahathir disiasat kerana menghasut
Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dipercayai mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.
'Berhimpun boleh, tapi ikutlah akta' - Armand
Rakyat perlu patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjamin hak bersuara mengikut saluran sesuai di samping sentiasa memastikan ketenteraman awam tidak terjejas.
Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis
Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.
Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari
Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis mengenai kenyataan berbaur hasutan.
Ali Tinju ditahan polis
Polis telah menahan Mohd Ali Baharom, 44, atau lebih dikenali Ali Tinju susulan kenyataan yang dibuat di hadapan kompleks beli belah Kota Raya pada Jumaat lalu.
Rosakkan imej PVATM, Ali Tinju mungkin dikenakan tindakan tatatertib
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tatatertib terhadap Ali Tinju sekiranya terus melakukan perkara yang menjatuhkan imej persatuan itu.
Melaka tolak cubaan ganggu ketenteraman dan keharmonian negeri - Ketua Menteri
Melaka yang mempunyai pelbagai latar belakang hidup aman harmoni sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan menolak keras gerakan yang mahu menganjurkan kegiatan seperti perhimpunan haram itu.
Peguam Negara digesa semak semua kes hasutan
Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Peguam Negara untuk segera menyemak semua kes hasutan yang masih belum selesai berikutan keputusannya semalam untuk menggugurkan dakwaan hasutan terhadap Ali Tinju.