awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand hadir perbicaraan dalam talian atas pertuduhan dua lagi kesalahan seksual
Murid 6 tahun perlu jalani ujian diagnostik sebelum diterima masuk tahun satu
Kemasukan murid 6 tahun: KPM jamin kapasiti sekolah, guru mencukupi - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliaa Syafiqah selamat ditemui - Bapa

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2016
16:51 MYT
Aliaa Syafiqah selamat ditemui - Bapa
Laporan memetik Aliaa dikatakan tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008. - Gambar fail
Remaja perempuan berusia 13 tahun, Aliaa Syafiqah Nazar yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu telah selamat ditemui di ibu negara pada petang Jumaat.
Bapa remaja itu Mohd Norjuahari Nazar Nazari mengesahkan perkara ini ketika dihubungi Astro AWANI pada lewat Jumaat.
"Kami sekeluarga mengucapkan syukur ahamdulillah kerana telah ditemukan dengan anakanda kami. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam usaha mencari Aliaa. Saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menunaikan solat hajat di surau dan masjid selepas berita kehilangan Aliaa dilaporkan," kata Norjuahari.
"Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang telah terlibat secara langsung dalam usaha mencari anak saya," tambah beliau.
Menurut Norjuahari, Aliaa berada dalam keadaan sihat ketika ditemui.
Aliaa Syafiqah tidak dapat dikesan selepas kali terakhir dilihat di perkarangan sekolahnya di Kampung Sungai Tangkas, Bangi, kira-kira jam 7.50 pagi Rabu.
BACA: Remaja hilang selepas ke sekolah masih belum ditemui
Laporan turut memetik Aliaa dikatakan tertekan dengan rakan-rakan sekolah kerana sering bertanyakan tentang ibunya yang tidak ditemui semenjak 2008.
Mohd Norjuahari dipetik berkata, Aliaa yang tinggal bersama keluarganya di Bandar Baru Bangi disedari hilang selepas didapati tiada di dalam bilik tidurnya.
Anak sulungnya itu kali terakhir dilihat di perkarangan sekolah dengan berbaju merah jambu, bertudung labuh berwarna jingga dan berpurdah, berseluar jeans serta memakai beg sandang.
Topic Berkaitan
#Aliaa Syafiqah Nazar
#Kampung Sungai Tangkas
#Mohd Norjuahari Nazar Nazari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan