Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.
Pengarah Projek B2B Malaysia, Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP), Terry Jiang berkata program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir hari ini, menarik 330 PKS.
"Kami berhasrat melengkapkan dan memperkasakan PKS Malaysia dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk berjaya dalam perdagangan global," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi telefon.
Program dua minggu yang dikendalikan oleh 10 pakar e-dagang dari Alibaba.com, disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Ia menyediakan pembinaan keupayaan untuk PKS dalam e-dagang, bermula dengan kaedah berkesan untuk memasarkan barangan mereka pada platform dalam talian, pengurusan logistik dan sistem pembayaran serta cara bagi mengenal pasti pilihan pengguna.
"Memandangkan kami kini mempunyai kira-kira 2,000 PKS di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), mereka perlu mengetahui semua peralatan dan pengetahuan supaya mereka boleh memanfaatkan pasaran global dengan berkesan," katanya.
Beliau berkata program latihan berterusan akan dijalankan selain pendekatan bersemuka, menerusi pembentangan video yang boleh didapati di platform dalam taliannya tidak lama lagi.
Program latihan, kerjasama terkini selari dengan eWTP itu akan memudahkan PKS berdagangan antara China dan Malaysia serta dunia menggunakan platform DFTZ.
DFTZ, kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Alibaba, mula beroperasi pada 3 Nov lepas. Ia menyasarkan menjadi hab logistik utama di Asia menjelang 2020.
Hab eWTP Malaysia dilancarkan pada Mac lepas bagi menawarkan PKS Malaysia dengan infrastruktur untuk melaksanakan perdagangan dengan perkhidmatan yang merangkumi e-dagang, logistik, pengkomputeran awan, pembayaran mudah alih dan latihan bakat.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi MDEC, Datuk Ng Wan Peng, berkata program itu akan meningkatkan penggunaan e-dagang di negara ini dan meningkatkan daya saing PKS dalam pasaran global menerusi kaedah digital.
"E-perniagaan dan perdagangan jelas merupakan kaedah menjalankan perdagangan global pada masa depan. Kami gembira dapat melancarkan program latihan untuk PKS tempatan bersama Alibaba," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros pula berkata e-dagang merupakan cara ke hadapan dalam perdagangan antarabangsa.
"PKS kini boleh memasuki pasaran global dengan kos yang mereka mampu dalam tempoh masa yang lebih cepat berbanding perdagangan secara konvensional, sekali gus menjadikan mereka menjadi usahawan global," katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, Malaysia mempunyai 907,065 PKS, yang mewakili 98.5 peratus daripada perniagaan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 18 2017
Syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba, telah menjalankan program latihan e-dagang perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. -Gambar fail
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Alibaba mahu bekerja dengan firma Malaysia bagi penyelesaian kemampanan berasaskan AI
Penting untuk perniagaan mengutamakan amalan mampan agar kekal berdaya saing dan sejajar dengan matlamat kemampanan negara.
Alibaba namakan Eddie Yongming Wu CEO, Pengerusi baharu
Gergasi e-dagang China, Alibaba mengumumkan pelantikan Eddie Yongming Wu menggantikan Daniel Zhang sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan, mulai 10 Sept.
Syarikat mega Alibaba berpecah kepada enam entiti
Peruncit dan syarikat e-dagang global Alibaba mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan berpecah kepada enam entiti berbeza.
Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.
Alibaba 11.11 Global Shopping Festival kini lebih inklusif dan lestari
Syarikat tersebut turut merangka tiga strategi penting termasuk memulakan pesanan pra jualan empat jam lebih awal berbanding festival 11.11 sebelum ini.
Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.
Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.
Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.
Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.
Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.