Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan yang ke-28 yang sangat dekat di hati rakyat ketika memerintah Kelantan.
Baginda memerintah Kelantan bermula 30 Mac 1980 sehingga September 2010 setelah disahkan gering ketika itu dan digantikan putera sulungnya Tengku Muhammad Faris Petra, yang kini bergelar Sultan Muhammad V.
Pengumuman kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam satu sidang akhbar khas di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Selama memerintah, baginda begitu banyak mendekatkan diri dengan rakyat sebagai payung yang menjadikan rakyat berbilang bangsa dan kaum di negeri ini hidup dalam keadaan bersatu padu.
Baginda diputerakan pada Jumaat, 11 November 1949 bersamaan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, di sini.
Baginda adalah putera tunggal dan anak bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II.
Pada 11 November 1967 baginda dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan ketika berusia 18 tahun.
Pada 30 Mac, 1980, baginda telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu bagi menggantikan ayahanda baginda Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Ketika itu Baginda berusia 31 tahun.
Sultan Ismail Petra mengalami strok sejak 14 Mei 2009. Berikutan itu Baginda diberi rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Kerajaan Negeri Kelantan kemudiannya melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan Baginda.
Bagaimanapun, apabila gering baginda berterusan, panel pakar memutuskan baginda telah tidak mampu menjalankan tugas untuk memerintah negeri dan memutuskan putera sulungnya itu sebagai sultan yang baharu.
Membesar bersama empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani, baginda mendapat pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas bahasa Inggeris.
Pada 8 Januari 2002, baginda dianugerahkan dengan Ijazah Dr Falsafah Kehormat dalam bidang Sains Politik dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand.
Pada 4 Disember 1968 Sultan Ismail Petra berkahwin dengan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Kota Lama, Kota Bharu.
Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan turun-temurun.
Melalui perkahwinan dengan Tengku Anis, baginda dianugerahi empat cahaya mata iaitu Tengku Muhammad Faris Petra (kini Sultan Kelantan bergelar Sultan Muhammad V) Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kini Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri.
Sepanjang tempoh pemerintahan baginda, sebuah masjid dibina atas nama baginda iaitu Masjid al-Sultan Ismail Petra di Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian.
Baginda juga mewujudkan Kolej Jamiah Islamiah Al-Islamiah Sultan Ismail Petra (JAIPETRA) dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Nilam Puri.
Sebuah sekolah menengah juga dibangunkan atas nama baginda iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab di sini.
Dua buah sekolah kebangsaan juga dinamakan mengikut nama baginda iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2). - BERNAMA
BACA: Sultan Ismail Petra mangkat
Bernama
Sat Sep 28 2019
Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Sultan Kelantan yang ke-28 yang sangat dekat di hati rakyat ketika memerintah Kelantan. - Gambar fail
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
2 lelaki Myanmar ditahan terlibat sindiket pemalsuan slip kad UNHCR
JIM Kelantan menahan dua lelaki warga Myanmar disyaki terlibat sindiket mengeluarkan slip permohonan kad UNHCR.
Kelantan catat pertambahan ahli baharu PKR kedua tertinggi
Di sebalik 'gelombang hijau' di Pantai Timur, Kelantan muncul sebagai negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan ahli baharu PKR tertinggi berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Suspek kes tembak di KLIA pernah belajar di pondok
Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.