Tutup

Alumni La Salle perkukuh perpaduan melalui perayaan

Alumni La Salle perkukuh perpaduan melalui perayaan
Alumni pelajar SK La Salle, Petaling Jaya bersama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
PETALING JAYA: Semangat perpaduan dan persahabatan yang menebal sejak di bangku persekolahan menjadi rahsia sekumpulan alumni pelajar Sekolah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya masih utuh bersama terutamanya ketika musim perayaan.

Tidak kira sama ada perayaan apa sekalipun mereka pasti ‘mencuri masa’ untuk berkumpul besama meskipun dari latar belakang agama yang berbeza.
 
Segalanya bermula di alam persekolahan berbekalkan semangat perpaduan yang mendalam terus menghubungkan mereka sehingga ke hari ini walaupun telah meninggalkan alam persekolahan hampir 30 tahun.

Tidak memandang perbezaan merupakan prinsip dan tunjang utama yang menemukan kesemua mereka dengan pelbagai latar belakang kerjaya.
Keakraban yang dipamerkan sekumpulan sahabat ini jelas menonjolkan unik dan lengkapnya negara Malaysia sebagai sebuah negara harmoni tanpa sebarang persengketaan yang harus dicontohi oleh masyarakat.


Tag: CNY, Perpaduan Kaum, Tahun Baharu Cina, Malaysia, SK La Salle



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.