awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/02/2018
07:07 MYT
Amah didera majikan, dibiar tidur luar dengan anjing
Terdapat kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki mangsa. - Foto ihsan PDRM
Seorang pembantu rumah warganegara Indonesia cedera dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Bukit Mertajam, semalam.
Wanita berusia 21 tahun itu ditemukan sedang duduk di kawasan luar pagar rumah majikannya oleh seorang wartawan sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata pemeriksaan ke atas mangsa yang berusia 21 tahun mendapati kesan lebam pada kepala dan muka, kecederaan luka bernanah pada tangan dan kedua-dua belah kaki.
Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur di luar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Wanita yang sudah dua tahun bekerja di negara ini kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut berikutan kecederaannya yang agak serius.
Susulan itu, polis menahan pasangan adik-beradik berusia 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa kira-kira jam 8.05 malam.
Kedua-dua suspek yang tinggal bersama ibu mereka yang berusia 60 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#cedera didera
#dera pembantu rumah
#lebam kepala dan muka
#luar pagar
#luka bernanah
#pembantu rumah didera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan