awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amah mati didera: Wanita warga emas ditahan polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/02/2018
10:41 MYT
Amah mati didera: Wanita warga emas ditahan polis
laporan awal bedah siasat ke atas Adelina, mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan teruk pada organ badan yang disebabkan kekurangan darah. - Foto Astro AWANI
Polis telah menahan seorang wanita warga emas yang juga majikan kepada pembantu rumah warganegara Indonesia , Adelina Lisao, 26 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh majikannya semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid dalam kenyataannya memaklumkan wanita berusia 60 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis kira-kira jam 2.30 petang tadi di hadapan bangunan Karpal Singh di George Town.
Nik Roz Azhan berkata, penahanan dibuat bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumahnya.
BACA: Serahkan kepada polis untuk siasat - Konsulat Indonesia
Wanita berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi mendapatkan perintah tahanan reman .
Polis katanya sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk jiran mangsa dan pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada Ahad, polis menahan reman dua orang anak wanita berkenaan masing-masing lelaki dan wanita berusia 36 dan 39 tahun bagi membantu siasatan.
Sementara itu, laporan awal bedah siasat ke atas Adelina, mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan teruk pada organ badan yang disebabkan kekurangan darah .
Mangsa kemungkinan tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan diabaikan majikan berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa .
Dalam masa sama, Konsul Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Neni Kurniati berkata, proses membawa pulang jasad Adelina masih belum boleh dilakukan berikutan masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan pihak hospital dan polis.
Adelina yang bekerja dengan keluarga berkenaan sejak 2014 meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang Ahad di Hospital Bukit Mertajam dipercayai didera majikannya.
Beliau sebelum itu diselamatkan anggota polis selepas ditemukan dalam keadaan lemah di luar rumah majikannya.
Mangsa juga dipercayai dipaksa majikannya tidur diuar rumah hanya beralaskan tikar dan ditemani anjing.
Topic Berkaitan
#amah
#Hospital
#Indonesia
#Karpal Singh
#keluarga
#mahkamah
#mangsa
#mati
#meninggal dunia
#pembantu rumah
#polis
#Seberang Perai
#siasatan
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan