awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu

Astro Awani
Astro Awani
08/07/2020
09:51 MYT
Amanah gesa SPRM bersikap profesional siasat Setiausaha Politik Mat Sabu
Dr Hatta menegaskan, SPRM mempunyai alasan untuk menahan reman sekiranya Mohd Azhar tidak hadir dan enggan memberi kerjasama. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) menuntut agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional dalam menjalankan tugas siasatan terhadap Mohd Azhar Che Mat Dali yang juga Setiausaha Politik Presiden Amanah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Hatta Md Ramli berkata, pihaknya yakin Mohd Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM dan oleh itu tiada keperluan untuk agensi itu memohon penahanan reman.
Dr Hatta menegaskan, SPRM mempunyai alasan untuk menahan reman sekiranya Mohd Azhar tidak hadir dan enggan memberi kerjasama.
"Amanah memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan (excessive). Amanah memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan Perlembagaan.
"Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej SPRM," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini dilaporkan Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes menerima suapan bagi projek rundingan terus di kementerian pertahanan yang dianggarkan bernilai lebih RM56 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Topic Berkaitan
#adil
#Amanah
#Dr Hatta Md Ramli
#Mohd Azhar Che Mat Dali
#Parti Amanah Negara
#peguam
#profesional
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan