Sentiasa amanah, rajin membaca dan teladani budaya masyarakat Jepun merupakan nasihat Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada pelajar yang memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Membahasakan dirinya sebagai 'pak cik' ketika berucap di hadapan pelajar Sekolah Kebangsaan Ledang ketika mengadakan lawatan ke sekolah itu hari ini, beliau berkata ketika berumur lapan tahun, beliau mengenali seorang posmen yang menjadi adiwiranya dalam mengajar erti sebuah amanah.
"Suatu hari posmen ini kena langgar dengan lori sampai luka parah dan dibawa ke hospital untuk dirawat, walaupun ketika dirawat serta lukanya dibalut posmen ini masih menggenggam surat yang diamanahkannya untuk dihantar dan enggan melepaskan surat itu.
"Hinggalah ketuanya datang ke hospital barulah posmen itu bagi surat itu kepada ketuanya. Anak-anak sekalian kena jadi amanah, sentiasa tunaikan amanah kepada mak dan ayah yang hantar ke sekolah untuk belajar, sentiasa dengar cakap cikgu dan belajar sungguh-sungguh," katanya di sini.
Beliau berkata membaca buku juga perlu dijadikan amalan bagi setiap pelajar untuk menimba ilmu, justeru selain guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak mereka sendiri.
Maszlee berkata buku perlu dilihat sebagai sebuah pelaburan untuk anak mereka menimba ilmu dan tidak lokek mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli buku yang memberi faedah kepada perkembangan minda anak-anak mereka.
"Ibu bapa bila lihat anak balik sekolah boleh periksa sama ada anak mereka pinjam buku di perpustakaan atau tidak, jika tidak pinjam tanya kenapa dan galakkan anak mereka untuk meminjam buku di perpustakaan," katanya.
Beliau berkata selain itu, budaya membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh yang diserap masyarakat Jepun kepada anak-anak mereka juga perlu diteladani masyarakat di negara ini dan beliau melihatnya sendiri ketika melawat negara itu baru-baru ini.
Katanya pelajar Jepun melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh baik dari segi belajar ataupun bersukan, malah mempunyai semangat maju bersama yang amat baik untuk diteladani pelajar di negara ini.
"Bila main bola tendang tak masuk (gol), kawan dia bagi semangat lagi sampai boleh masuk (gol). Inilah budaya rakyat Jepun, mereka belajar sungguh-sungguh sukan pun sungguh-sungguh. Anak-anak sekalian boleh jadi macam orang Jepun," katanya.
Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita Maszlee berkata pelajar Tahap 1 tahun ini akan memulakan pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan dan diharap mekanisme itu dapat membantu guru memfokuskan usaha membentuk pelajar mereka menjadi lebih cemerlang.
"Ini saya harap para guru dapat menumpukan usaha pembelajaran bagi meningkatkan kemenjadian pelajar itu (dengan) lebih waktu diberikan mendidik mereka, kepada ibu bapa gunakan waktu ada menggalakkan pembacaan (anak mereka) dan meneroka ilmu yang baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 01 2019
Maszlee (duduk tengah) membacakan sebuah buku cerita kepada murid-murid prasekolah semasa mengadakan lawatan sempena sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak, 1 Januari, 2019. --fotoBERNAMA
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.
'Saya bukan mufti nak haramkan rokok' - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad secara berseloroh berkata, beliau bukan mufti untuk mengharamkan rokok di negara ini.