awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran angin kencang, laut bergelora bermula hari ini hingga Selasa

Bernama
Bernama
16/12/2017
15:04 MYT
Amaran angin kencang, laut bergelora bermula hari ini hingga Selasa
Angin kencang dan laut bergelora melanda perairan tenggara Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South, bermula hari ini hingga Selasa. - Gambar hiasan
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan tenggara Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, barat laut Palawan, Tioman, utara Bunguran dan barat laut Reef South, bermula hari ini hingga Selasa depan (19 Dis).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Sementara itu, amaran angin kencang Timur Laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan tengah Samui, selatan Bunguran, selatan Reef South, tenggara Reef North, Labuan dan timur Palawan mulai hari ini hingga Selasa depan.
Situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Sarawak, Sabah (kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat) serta Labuan sehingga Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angin kencang
#Malaysia
#MetMalaysia
#ombak bergelora
#Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan