Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada Sabtu mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri di Pantai Timur dan Johor.
Amaran Cuaca Buruk dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.
Amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.
Manakala di Pahang, kawasan terbabit amaran ialah Rompin.
Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula daerah yang terlibat ialah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Gua Musang di Kelantan.
Selain itu, turut diletakkan dalam Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning ialah Mersing dan Kota Tinggi, Johor.
Fenomena angin kencang 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter juga dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam tempoh tersebut.
MET Malaysia menasihatkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.
Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri atau Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memastikan segala aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Nov 30 2019
Met Malaysia pada Sabtu mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri di Pantai Timur dan Johor. -Gambar hiasan
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
Hujan lebat berterusan, Buenos Aires keluar amaran tahap oren
Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan ribut akibat hujan lebat di kawasan metropolitan Buenos Aires pada Rabu.
Selatan Perancis masih tenggelam akibat banjir
Kawasan di Beaucaire, timur Montpellier di selatan Perancis masih ditenggelami air meskipun banjir mula surut pada Isnin.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan, ribut petir landa UAE
Pihak berkuasa di seluruh UAE mengeluarkan amaran menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah dan elak berkunjung ke pantai.
PETRA akan tambah TAPS atasi masalah bekalan air - Fadillah
Fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai.
Banjir Sarawak: 1,511 mangsa di 14 PPS pagi ini
Enam PPS dibuka di Kuching, tiga di Siburan, dua di Bau, dua di Balai Ringin dan satu di Lundu.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat lebih 1,000 orang
Sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.