awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sangat aktif jadi pengantara konflik, kata Guterres
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
AstraZeneca jalin kerjasama dengan syarikat China untuk ubat turunkan berat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/07/2019
03:32 MYT
Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng
Kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. - Gambar fail
Pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART) bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi juga kepada rakyat secara umumnya. 
 Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pengambilalihan keempat-empat lebuh raya itu akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi. 
 Ujarnya, pampasan itu tidak perlu lagi dibayar selepas lebuh raya terbabit diambil alih oleh Kerajaan. 
 “Ini bermaksud bahawa Kerajaan juga sama-sama menjimatkan sekurang-kurangnya RM5.3 bilion yang boleh digunakan untuk membantu rakyat seluruh Malaysia pada tahun-tahun yang akan datang. 
 “Oleh sebab kadar tol akan dikurangkan mengikut model caj kesesakan ini, pengguna akan dapat menjimatkan sehingga RM180 juta setahun ataupun hampir RM2 bilion sepanjang baki tempoh konsesi masing-masing bagi keempat-empat lebuh raya ini. 
 “Penjimatan besar untuk pengguna dapat dicapai kerana unsur keuntungan telah dikeluarkan daripada model pengambilalihan konsesi tol ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. 
 Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta Kementerian Kewangan menyatakan rasional Kerajaan berhasrat untuk mengambil alih pengendalian empat lebuh raya milik Gamuda Berhad tersebut. 
 Jelas Guan Eng lagi, model pengambilalihan tersebut tidak melibatkan sebarang perbelanjaan Kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion yang dibiayai menerusi penerbitan bon serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kewangan
#lebuh raya tol
#Lim Guan Eng
#Malaysia
#Menteri Kewangan
#operasi
#tol
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan