awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar lancar Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 hari ini
Pemandu dan kelindan treler maut, tercampak ke bawah Lebuhraya SPE
Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag dijangka diketahui seawal 10 malam Sabtu ini - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil langkah pencegahan, bahaya jangkitan COVID-19 masih wujud - Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/06/2020
11:17 MYT
Ambil langkah pencegahan, bahaya jangkitan COVID-19 masih wujud - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada pertambahan kertas siasatan berhubung berita palsu dalam tempoh tiga minggu yang lalu. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa bahaya jangkitan COVID-19 masih wujud dalam komuniti.
Ekoran itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menasihati orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan ketika melakukan aktiviti kunjung-mengunjung terutamanya apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak.
"KKM akan terus memantau situasi jangkitan di dalam dan luar negara menerusi maklumat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan berasingan, Noor Hisham berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati tiada pertambahan kertas siasatan baharu berhubung berita palsu dalam tempoh lebih tiga minggu yang lalu.
"Ini menunjukkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan tidak berkongsi berita palsu meningkat," ujarnya.
Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.
Katanya, kandungan yang diragui kesahihan boleh disemak di laman web www.sebenarnya.my.
Setakat 20 Jun lalu katanya, portal tersebut merekodkan 137.6 juta pengunjung.
Topic Berkaitan
#berita palsu
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kesihatan
#PKPP
#rakyat Malaysia
#RMCO
#Semak Fakta
#SKMM
#warga emas
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan