Anak anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima Rumah Keluarga TLDM di sini, pagi Isnin.
Kejadian disahkan TLDM melalui Markas Pangkalan Lumut dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mangsa yang berusia 3 tahun, dikenal pasti sebagai Nur Maizatul Alya Abdullah, merupakan anak kepada anggota TLDM yang kini sedang berkursus di KD PELANDOK.
Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi apabila saksi terdengar bunyi dentuman yang kuat di bahagian balkoni rumahnya di tingkat 3 dan ternampak seorang kanak-kanak tertiarap di lantai kaki lima bangunan.
“Saksi seterusnya membawa kanak-kanak tersebut ke wad kecemasan 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut bagi rawatan kecemasan.
“Namun, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Daerah Manjung bagi tujuan bedah siasat,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Pangkalan TLDM di sini.
Menurut kenyataan itu, Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Pertama Roslan Mohd Yunus menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa.
Beliau mengingatkan kepada semua ibu bapa agar lebih prihatin dan melaksanakan pemantauan seteruskan mementingkan aspek keselamatan anak-anak ketika berada di rumah.
Menurut kenyataan itu lagi, jenazah mangsa dijangka dikebumikan di kampung halaman keluarga di Bandar Jengka Pahang.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 22 2019
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Anak anggota TLDM maut terjatuh dari tingkat lima
Anak anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lima, Rumah Keluarga TLDM di sini, pagi Isnin.