Tutup

Anak buaya terlepas bertindak ganas

Anak buaya terlepas bertindak ganas
Anggota bomba BBP Limbang berjaya menangkap anak buaya berkenaan menggunakan seunit penjerut dan tali penyelamat. - Foto JPBM Limbang
LIMBANG: Anggota bomba terpaksa dipanggil selepas seekor anak buaya peliharaan seorang penduduk di Kampung Imok Jalan Pandaruan di sini terlepas dan bertindak ganas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bomba yang menerima panggilan sekitar jam 12.30 tengahari telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pengadu memaklumkan anak buaya peliharaan beliau berada di dalam tong takungan air di belakang rumah telah terlepas.

"Pengadu melapor kepada pihak bomba untuk menangkap disebabkan anak buaya ini sudah pandai  mengganas," katanya.
Pasukan bomba bertindak menangkap anak buaya tersebut dengan menggunakan seunit penjerut dan tali penyelamat.

Setelah didapati keadaan selamat sepenuhnya pasukan bomba membawa anak buaya tersebut ke balai untuk tindakan selanjutnya.



Tag: buaya, Limbang, Bomba, Sarawak, anak buaya terlepas, buaya ganas, BBP Limbang, Kampung Imok Jalan Pandaruan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.