Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendesak pengurusan Felda segera memuktamadkan penyata hutang 112,635 peneroka, kata pengerusinya Mazlan Aliman.
Beliau berkata perkara itu bagi membolehkan kerajaan menunaikan janji manifesto Pilihan Raya ke-14 untuk menghapuskan hutang tidak wajar peneroka, yang kini sudah melebihi tempoh 100 hari yang dijanjikan.
"Isu dalam manifesto 100 hari itu mesti diselesaikan di peringkat pengurusan Felda terlebih dahulu kerana kerajaan tidak dapat melaksanakannya jika peneroka masih tidak menerima penyata hutang dan penyata untung rugi.
"Apa yang mereka ada setakat ini hanya anggaran sahaja... bukannya jumlah sebenar. Bagaimana kerajaan hendak mengumumkan jumlah penghapusan hutang jika angkanya tiada? Itu adalah kerja Felda," katanya.
Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Isu Penutupan Kilang Felda Lepar Utara 4 di sini, yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGV) Datuk Zakaria Arshad dan wakil peneroka.
Beliau menambah pihaknya telah mengadakan pertemuan selama hampir tiga jam dengan pengurusan tertinggi Felda termasuk pengerusi Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor dan pengarah besar Datuk Ab Ghani Mohd Ali berhubung perkara itu.
"Namun, setelah hampir sebulan pertemuan diadakan, kami masih tidak menerima maklum balas daripada Felda. Walaubagaimanapun, kami akan terus melakukan tindakan susulan untuk mengetahui tindakan selanjutkan.
"Jika tiada tindakan daripada Felda, saya tidak teragak-agak untuk bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meminta Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengarahkan Felda segera memuktamadkan hutang.
"Ini kerana reputasi dan imej kerajaan akan tercalar kerana dilihat tidak dapat melaksanakan manifesto. Janji ini yang terkandung dalam 10 janji dalam masa 100 hari dan perlu diselesaikan walaupun telah melebihi tempoh," katanya.
Beliau menambah pelaksanaan manifesto itu juga memerlukan persetujuan bersama daripada peneroka kerana mereka perlu bersetuju dengan jumlah hutang yang akan dimuktamadkan oleh Felda.
Berhubung penutupan kilang Felda Lepar Utara 4 yang dijangkakan dalam tempoh dua minggu, Mazlan berkata pihaknya menuntut surat hitam putih mengenai persetujuan pengurusan FGV menampung kos perjalanan menghantar buah sawit ke kilang Felda Lepar Utara 6 supaya tidak ditanggung peneroka.
Katanya, persetujuan juga melibatkan nilai kadar perahan gred yang akan ditentukan di kilang Lepar Utara 4 yang akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan kerana bimbang nilainya berkurangan jika buah itu tidak dapat dihantar ke Lepar Utara 6 secara segera.
"Kita faham dengan keputusan FGV untuk menutup kilang ini setelah beroperasi sejak tahun 1982 atas alasan mahu menjimatkan kos memandangkan kilang Felda Lepar Utara 6 terletak berhampiran. Kita dimaklumkan ini adalah kilang terakhir yang akan ditutup.
"Mereka juga memberi jaminan bahawa kilang Felda Lepar Utara 6 boleh menampung peningkatan buah sawit dari Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 termasuk pada waktu puncak kerana telah meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang tersebut," katanya.
Mazlan menambah kakitangan Felda diberikan pilihan untuk terus berada di situ jika terdapat alasan yang kukuh seperti anak yang bersekolah manakala kakitangan lain dipindahkan ke kilang berhampiran selain 25 orang dimaklumkan bersetuju mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 07 2018
MAZALAN: Isu dalam manifesto 100 hari itu mesti diselesaikan di peringkat pengurusan Felda terlebih dahulu. - Gambar fail
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak Salahuddin
'Impian ayah meninggal dunia ketika bekerja untuk rakyat' - Anak sulung