Tutup

Anak Ketua Pramugara MH370 enggan terlalu berharap

Anak Ketua Pramugara MH370 enggan terlalu berharap
Netizen berharap ia akan menjadi pengakhiran kepada penantian ahli keluarga krew dan penumpang pesawat malang itu.
KUALA LUMPUR: Penemuan serpihan pesawat yang dikatakan milik pesawat Malaysia Airlines MH370, meletakkan hashtag #MH370 di tangga teratas senarai trending di Twitter.

Antara status yang mendapat perhatian tentu sekali daripada Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari.

Dalam luahan di Twitter, Maira lebih selesa untuk tidak meletakkan harapan tinggi dan mengambil langkah tunggu dan lihat. [GALERI FOTO MH370]


Di laman sosial, netizen melihat penemuan serpihan berkenaan sebagai satu harapan baharu dan berharap ia akan menjadi pengakhiran kepada penantian ahli keluarga krew dan penumpang pesawat malang itu.





Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.