NATIONAL
Anak pelakon AR Badul, Mejar Zahir Armaya maut terkena tembakan

Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia selepas terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.
Seorang pegawai komando 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia difahamkan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dalam kejadian pagi Rabu.
Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang berusia 36 tahun merupakan anak kepada pelakon veteran, AR Badul.
Zahir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi.
Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Haris Ibrahim ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan memberi maklumat dalam tempoh terdekat berhubung insiden berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami