awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Anak sesiapa pun boleh berniaga, asalkan ikut peraturan' - Noor Rashid

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/04/2016
06:39 MYT
'Anak sesiapa pun boleh berniaga, asalkan ikut peraturan' - Noor Rashid
NOOR RASHID: Jika kesemua prosedur yang ditetapkan telah dilalui, maka individu tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan. - Foto Astro AWANI/ Azyyati Ahmad
Polis akan meneliti terlebih dahulu laporan yang dikeluarkan Sarawak Report bahawa kononnya anak kedua Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan perniagaan menjual senjata.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ianya dijalankan mengikut undang-undang.
Kata Noor Rashid, jika kesemua prosedur yang ditetapkan telah dilalui, maka individu tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Sesiapa sahaja tak kira anak kepada anggota polis dan sebagainya, mempunyai hak menjalankan perniagaan tetapi haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan negara.
"Jika beriaga senjata api dan mengikuti peraturan yang sedia ada, saya rasa tidak ada isu di situ," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Inspektor Siri 3 2015 kepada 575 pegawai kadet di PULAPOL Kuala Lumpur Sabtu pagi.
Sarawak Report pada Jumaat mendakwa bahawa syarikat Nilai Arms and Ammunitions yang menjalankan perniagaan menjual senjata api bertempat di Nilai Negeri Sembilan, dimiliki oleh seorang wanita yang dipercayai anak perempuan Khalid.
Laporan tersebut mendakwa perniagaan tersebut mempunyai konflik kepentingan yang besar kerana status Khalid sebagai Ketua Polis Negara yang boleh meluluskan lesen senjata api.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Noor Rashid Ibrahim
#Sarawak Report
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan