awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gua Tempurung bakal dibangun sebagai hab ekopengembaraan bertaraf antarabangsa
234 sekolah agama seluruh negara berdaftar sebagai SABK - KPM
Ikon sinema Iran Majid Majidi ke Malaysia, kongsi ilmu filem di IFF 2026

Anak Syarikat Xin Hwa dapat kontrak pengangkutan bernilai RM16.8 juta

Bernama
Bernama
14/12/2017
12:45 MYT
Anak Syarikat Xin Hwa dapat kontrak pengangkutan bernilai RM16.8 juta
Anak syarikat milik penuh penyedia perkhidmatan logistik bersepadu, Xin Hwa Holdings Bhd (Xin Hwa), iaitu Xin Hwa Trading.
Anak syarikat milik penuh penyedia perkhidmatan logistik bersepadu, Xin Hwa Holdings Bhd (Xin Hwa), iaitu Xin Hwa Trading.
Xin Hwa dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata kontrak itu membabitkan pengangkutan dan penghantaran jejambat pratuang (galang U-trough) dan lain-lain barangan yang berkaitan dengan pembinaan serta penyiapan Aliran 3 Transit Aliran Ringan dari Bandar Utama, Petaling Jaya sehingga ke Johan Setia di Klang, Selangor.
Tempoh kontrak dianggarkan selama 24 bulan sehingga selesai keseluruhannya, berkuat kuasa mulai akhir Disember 2017.
Pengarah Urusan Xin Hwa, Ng Aik Chuan dalam kenyataan berasingan, berkata kumpulan itu berasa teruja dengan kejayaan memenangi satu lagi kontrak besar dalam masa empat bulan, dan dengan anugerah terbaharu ini, nilai agregat kontrak yang diperolehi sejak September hingga Disember 2017 adalah berjumlah RM52 juta.
"Secara keseluruhan, kita akan melihat masa depan yang lebih baik dan kumpulan yakin dapat meraih pertumbuhan dua digit.
"Aktiviti-aktiviti pengangkutan darat sedang meningkat, seiring dengan pertumbuhan Keluaran Kasar Dalam Negara dan kami juga akan memperluaskan bahagian pergudangan kami," katanya, sambil menambah Xin Hwa berada di landasan yang betul untuk menggandakan ruang pergudangan dari 404,000 kaki persegi kepada satu juta kaki persegi menjelang pertengahan tahun 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aliran 3 Transit Aliran Ringan
#bandar utama
#Klang
#logistik
#Ng Aik Chuan
#Petaling Jaya
#Xin Hwa Trading
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.