Seorang lelaki sanggup mengugut dan meletakkan pisau di leher ibu kandungnya hanya kerana mahu mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.00 malam pada Isnin di Kampung Bukit Kechil Simpor, di sini, suspek yang berusia 30 tahun itu sebelum itu bertengkar dengan abangnya dan menumbuknya beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata selepas bergaduh dengan abangnya, suspek kemudiannya meletakkan pisau di leher ibunya yang berusia 60 tahun yang juga berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Abang mangsa kemudiannya bertindak menelefon pihak polis dan sebaik menyedari polis tiba di kawasan kediaman mereka, suspek bertindak melarikan diri,” katanya.

Sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu berjaya menahan suspek tidak jauh dari tempat kejadian dan turut menemui sebilah pisau bersamanya.

Bagaimanapun, sepasukan anggota dari Balai Polis Tikam Batu berjaya menahan suspek tidak jauh dari tempat kejadian dan turut menemui sebilah pisau bersamanya.

“Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan tinggal bersama abang dan ibunya di rumah terbabit.

“Suspek direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 18 Julai bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan.