awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Analisa sampel 'kopi putih durian', kenal pasti jika ada bahan kimia - Subramaniam

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/01/2018
07:50 MYT
Analisa sampel 'kopi putih durian', kenal pasti jika ada bahan kimia - Subramaniam
Dr Subramaniam berkata analisis berkenaan bertujuan mengenal pasti sama ada kopi campuran itu mengandungi bahan kimia terlarang. - Astro AWANI
Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang menganalisis sampel kopi campuran yang didakwa menjadi punca lima individu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sindrom letih dan lemah teruk, semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata analisis berkenaan bertujuan mengenal pasti sama ada kopi campuran itu mengandungi bahan kimia terlarang.
"Kami jangka keputusan analisis ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan jika keputusan itu mendapati ia mengandungi bahan terlarang, jenama kopi campuran itu akan dihebahkan kepada orang ramai dan pengeluarnya akan diarahkan menarik balik produk itu daripada pasaran.
"Setakat ini melalui laporan yang saya terima sudah lima orang dimasukkan ke HPP selepas minum kopi campuran 'durian white coffee' itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini.
Media semalam melaporkan dua lelaki terpaksa dikejarkan ke HPP selepas pening kerana minum sejenis kopi putih campuran segera berperisa durian.
Mereka dikatakan mengalami simptom lemah dan letih selepas minum kopi berkenaan.
Topic Berkaitan
#analisa sampel
#bahan kimia
#Dr S Subramaniam
#Hospital Pulau Pinang
#kopi campuran
#rawatan
#white coffee durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan