awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman bom di bangunan Sri Pentas palsu

Bernama
Bernama
28/08/2018
21:31 MYT
Ancaman bom di bangunan Sri Pentas palsu
Menurut Mohd Zani, semua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada kira-kira 1.30 pagi. - Gambar fail
Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama di sini, dikosongkan malam tadi susulan panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam daripada seorang lelaki.
Berikutan itu, sepasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dikejarkan ke lokasi.
"Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
BACA: Gempar! Stesen TV swasta terima ancaman bom
Mohd Zani berkata kesemua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada kira-kira 1.30 pagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#bom
#IPK Selangor
#jenayah
#Kanun Keseksaan
#Mohd Zani Che Din
#panggilan palsu
#Petaling Jaya
#polis
#Siasat
#Sri Pentas
#ugutan jenayah
#unit bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan