awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan ada pelajar tercicir daftar MRSM esok kerana isu kewangan - Asyraf Wajdi
RM14.8 juta diperlukan bagi Program Tunas Makmur 2026, manfaatkan 68,000 pelajar Pahang
Kajian semula UPSR, PT3 secara menyeluruh, bukan terburu-buru - KP Pendidikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang" - Ini luahan Lee Chong Wei

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2020
14:30 MYT
"Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang" - Ini luahan Lee Chong Wei
Chong Wei menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'. - Astro AWANI
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyampaikan pesanan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan bermula hari ini.
Dalam satu hantaran di media sosial, Chong Wei berkongsi kisah lucu bagaimana beliau juga terjebak dengan pembelian panik di sebuah pasar raya dua hari lalu.
Kata Chong Wei, beliau terkejut melihat tisu tandas habis diborong pembeli.
"Time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie dan makcik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul (Hafiz) Jantan!
"Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I bungkus 10 beg tisu jamban!" tulis Chong Wei di akaun Instagram rasminya.
Kemaskini di akaun Instagram Lee Chong Wei.
Kemaskini di akaun Instagram Lee Chong Wei.
Beliau bagaimanapun bernasib baik apabila terserempak dengan seorang rakan yang menyerahkan salah satu bungkusan tisu tandas kepadanya.
Bekas pemain nombor satu dunia itu juga sempat menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'.
"Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya.
"Dan I minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang.
"Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat," kata beliau.
Beliau juga mengungkapkan penghargaan tidak berbelah bahagi buat petugas bahagian hadapan dalam usaha mengekang wabak tersebut.
"Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasar Raya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk hormat dari saya!
"Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang, is to #STAYHOME," tulisnya.
Topic Berkaitan
#badminton
#COVID 19
#kerajaan
#Lee Chong Wei
#Malaysia
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan