awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota ASEAN harus saling hormati kedaulatan ruang siber

Bernama
Bernama
31/10/2019
20:49 MYT
Anggota ASEAN harus saling hormati kedaulatan ruang siber
Seharusnya serangan siber tidak berlaku dalam kalangan negara anggota ASEAN, apatah lagi ia dicetuskan di atas isu-isu yang kecil. - Gambar hiasan
Malaysia berharap negara anggota Asean saling menghormati kedaulatan ruang siber antara satu sama lain.
Harapan ini disuarakan hari ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Malaysia Datuk Suriani Ahmad di mesyuarat ketiga Jawatankuasa Bersama Malaysia dan Singapura mengenai Maklumat dan Komunikasi di sini.
Ketika ditemui selepas mesyuarat itu, Suriani berkata harapan tersebut turut dikongsi negara jiran, Singapura.
Seharusnya serangan siber tidak berlaku dalam kalangan negara anggota ASEAN, apatah lagi ia dicetuskan di atas isu-isu yang kecil, katanya.
Ketika mesyuarat itu, Suriani turut membangkitkan bagaimana mesyuarat di peringkat ASEAN juga perlu membincangkan bagaimana isu berkaitan keselamatan siber perlu diterjemah kepada tindakan.
"Juga bagaimana ia harus dijadikan aktiviti untuk kita tangani serangan siber. Ia perlu dibentang dan dibincang secara lebih meluas di peringkat ASEAN," katanya.
Suriani menegaskan Malaysia menghormati kedaulatan siber sesebuah negara dan berharap ia perlu diberi perhatian di negara-negara lain terutama dalam kalangan negara ASEAN.
"Keselamatan siber sesama negara anggota adalah penting lebih-lebih lagi dasar luar negara kita lebih memberi tumpuan kepada rakan-rakan ASEAN ini," katanya.
Terdahulu, Suriani melakukan kunjungan hormat terhadap rakan sejawatan, Yong Ying-I sebelum kedua-duanya menghadiri mesyuarat tersebut.
Antara yang hadir pada mesyuarat itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nurini Kassim, Ketua Pengarah Penyiaran Abdul Muis Shefii, Ketua Pengarah Penerangan Roselindawati Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Internet
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#KKMM
#media sosial
#ruang siber
#serangan siber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan