awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba berjaya pujuk wanita Vietnam cuba terjun jejantas

Aida Aziz
Aida Aziz
10/11/2019
01:39 MYT
Anggota bomba berjaya pujuk wanita Vietnam cuba terjun jejantas
Anggota bomba sedang memujuk wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri di atas jejantas. - Foto JBPM Perak
Niat seorang wanita warga Vietnam yang ingin membunuh diri di jejantas Kampung Pulai, di sini, berjaya dihalang dengan pujukan anggota bomba.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, wanita terbabit yang dipercayai berusia sekitar 30 tahun cuba untuk terjun dari jejantas tersebut.
"Pihak kami dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 7.15 pagi.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati seorang mangsa warga Vietnam dalam cubaan untuk membunuh diri di atas jejantas.
"Bagaimanapun, hasil usaha anggota, dengan memujuk wanita tersebut, berjaya menghalangnya dari berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Wanita warga Vietnam berjaya dihalang daripada meneruskan percubaan membunuh diri. - Foto JBPM Perak
Wanita warga Vietnam berjaya dihalang daripada meneruskan percubaan membunuh diri. - Foto JBPM Perak
Katanya lagi, anggota bomba kemudiannya membawa wanita itu turun dari jejantas dan seterusnya menyerahkan dia kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Nor Zamri Wahab itu tamat pada pukul 7.41 pagi.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.

 Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019. 

Topic Berkaitan
#Befrienders
#bomba
#cubaan bunuh diri
#Gopeng
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM Perak
#jejantas
#Kampung Pulai
#ketidakstabilan emosi
#mangsa
#Nor Zamri Wahab
#operasi
#polis
#wanita
#warga Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan