awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2018
02:36 MYT
Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan
Anggota forensik membuat pemeriksaan di lokasi kejadian berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights awal pagi Isnin. --fotoBERNAMA/Fail
Seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini awal pagi tadi.
Jentera dinaiki juga turut rosak dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.
Utusan Online memetik jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.
“Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
“Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras,” katanya.
Menurut jurucakap itu, susulan serangan tersebut pasukan bomba tidak dapat memadamkan kebakaran pada kenderaan yang terlibat.
Anggota di lokasi kejadian diselamatkan beberapa orang awam ketika kejadian berlaku.
“Anggota yang cedera kini mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC),” katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#cedera
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran
#kuil
#perusuh
#Sri Maha Mariamman
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan