awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota, pegawai polis diberi amaran... jangan terlibat kes seludup warga asing

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/07/2019
05:09 MYT
Anggota, pegawai polis diberi amaran... jangan terlibat kes seludup warga asing
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengingatkan pegawai dan anggota supaya tidak terlibat langsung dalam kes penyeludupan warga asing. - Gambar hiasan
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengingatkan pegawai dan anggota supaya tidak terlibat langsung dalam kes penyeludupan warga asing.
Walaupun kes itu masih belum serius di Perak tetapi yang paling penting, tiada anggota polis yang terlibat.
Tindakan tegas akan diambil, termasuk merujuk kepada Bukit Aman, khususnya Jabatan Intergriti dan Pantuhan Standard sekiranya terdapat bukti pegawai dan anggota polis yang terlibat.
"Tindakan (tegas) kita akan teruskan, ingatan dan pesanan juga kita akan beri kepada anggota dan pegawai kita.
"Sekiranya berlaku dan kita kenal pasti bahawa anggota dan pegawai kita terlibat, saya tanpa ragu-ragu akan mengambil tindakan. Saya akan cadangkan kepada pihak Bukit Aman, terutamanya kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk kita ambil tindakan dan (buka) kertas siasatan kalau betul dia terlibat.
"There is no two ways, there is only one way only," ujarnya.
Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, pada Selasa.
Pada majlis itu, beberapa pegawai dan anggota polis menerima anugerah perkhimatan cemerlang dan sijil penghargaan masing-masing.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#jenayah
#Ketua Polis Perak
#pegawai
#polis
#Razarudin Husain
#seludup warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan