Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor maut digilis sebuah treler dalam satu kejadian berhampiran Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, digilis kenderaan itu semasa ia dipercayai sedang bergerak perlahan memasuki semula lebuh raya itu setelah berhenti di lorong kecemasan untuk membuat panggilan telefon.
"Ketika kejadian, mangsa sedang menjalankan operasi rutin JPJ bersama tiga lagi anggota dan beliau baru sahaja memulangkan semula lesen memandu pemandu sebuah lori kontena lain yang ditahan di tepi lebuh raya itu untuk pemeriksaan.
"Siasatan awal mendapati treler itu berhenti di belakang lori kontena bukan untuk pemeriksaan tetapi kerana pemandunya sedang membuat satu panggilan telefon berhubung penghantaran barang yang dibawanya.
"Pemandu treler itu dipercayai sedang memandang ke kanan jalan untuk memandu keluar dan mungkin tidak menyedari mangsa berada di hadapan sebelah kiri lori lalu melanggarnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shafien berkata tiga lagi rakan mangsa tidak mengetahui berlakunya kemalangan berkenaan kerana keadaan lebuh raya yang bising dan jarak mangsa dengan kumpulan itu adalah kira-kira 30 meter, sehingga mereka dimaklumkan saksi kejadian.
Beliau berkata Mohd Ridzuan yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia serta merta di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Pemandu lori treler itu, lelaki tempatan berumur 68 tahun, kini direman mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata Mohd Ridzuan telah berkhidmat selama lima tahun di JPJ Selangor dan merupakan anggota yang cemerlang dalam tugas serta amat berdisiplin.
Beliau berkata isteri mangsa yang hamil enam bulan di Melaka telah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Pasangan berkenaan turut mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron yang menziarahi jenazah mangsa di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Bukit Rambai, Melaka.
"Seluruh warga JPJ berasa amat sedih dengan kejadian yang tidak dijangka ini...semua anggota dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati menjalankan tugas," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 23 2016
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Yusuf, 34, maut selepas dirempuh sebuah lori trelar ketika menjalankan tugas dalam operasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam hari ini. - Foto Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
JPJ terima 3,440 aduan kesalahan jalan raya menerusi e-aduan@JPJ, e-mel
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima 3,440 aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya yang disalurkan menerusi aplikasi MyJPJ dan e-mel.
Ops Tahun Baru Cina 2024: Bas persiaran ditahan, pemandu tiada lesen - JPJ
Bas persiaran itu ditahan ketika pemeriksaan dokumen ke atas pemandu dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam.
JPJ Selangor catat peningkatan 32 peratus pengeluaran notis tahun lepas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.
JPJ keluar 331 notis daripada 1,308 kenderaan diperiksa dalam Op Khas
JPJ mengeluarkan 331 notis atas pelbagai kesalahan daripada pemeriksaan terhadap 1,308 kenderaan menerusi Op Khas Kenderaan dan Premis Pelancongan selama dua hari bermula semalam di Kedah dan Perlis.
JPJ Pulau Pinang keluar 103 notis saman pelbagai kesalahan
Sebanyak 103 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan, termasuk kenderaan berat serta penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita sejumlah 196 kenderaan yang digunakan warga asing tanpa geran milikan sejak Januari hingga September tahun ini.
JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.