awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
22/02/2020
12:44 MYT
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kuala Besut, Terengganu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan. - Foto ihsan PDRM
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin, berkata mangsa, Mohd Zulfahmie Fitri Zulkefli, 24, bersama adiknya yang berusia 20-an difahamkan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kuala Besut, Terengganu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proton Persona yang dipandu mangsa hilang kawalan di kawasan selekoh dan merempuh sebuah bas yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat pertembungan itu, mangsa yang bertugas di Balai Polis Mahang, Kulim, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ahmad berkata, bagaimanapun, keadaan adik perempuan mangsa pula agak kritikal dan turut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
"Mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
"Pemandu dan penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#Hospital Jeli
#Hospital Universiti Sains Malaysia
#kemalangan maut
#Kuala Besut
#Mohd Zulfahmie Fitri Zulkefli
#Polis Daerah Jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan