announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan

Anggota polis pengiring MB Kedah cedera kemalangan
Mangsa dikatakan terjatuh di tempat kejadian. - Foto ihsan polis
SIK: Seorang anggota polis trafik mengalami kecederaan di kaki kanan selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ketika mengiringi kenderaan Menteri Besar Kedah, petang Selasa.

Dalam kejadian jam 5.30 petang tadi, mangsa, Lans Koperal Mohd Azlan Iswan dikatakan terjatuh di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, anggotanya yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Sik itu dikatakan mengiringi menteri dari Tol Gurun ke kediaman persendiriannya di Sungai Pau, Sik.

Beliau berkata, anggota terbabit kemudian dihantar ke Hospital Sik untuk mendapatkan rawatan.



Tag: polis trafik, pengiring, MB Kedah, Menteri Besar Kedah, kemalangan, Lans Koperal Mohd Azlan Iswan, Sik, Tol Gurun, Sungai Pau, Polis Daerah Sik, Hospital Sik



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.